gambar aku kat fb

Saturday 26 November 2011

RESIPI KEK HAZELNUT


KEK HAZELNUT



 BAHAN-BAHAN :

  • 170 g gula kastor
  • 135 g tepung naik sendiri
  • 100 g kacang hazel - dikisar halus
  • 45 g mentega
  • 35 g tepung jagung 
  • 6 biji telur

( untuk hiasan )

  • 1 keping coklat - dicairkan
  • 20 g kacang hazel
  • krim putar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

  • Putar telur dan gula sehingga menjadi gebu. Kemudian masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan kacang yang telah dikisar. Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan mentega dan putar lagi.
  • Setelah sebati, tuangkan adunan kedalam acuan pembakar dan bakar selama 35 minit pada suhu 200 darjah selsius.
  • hiaskan kek korang mengikut kreativiti sendiri.
 
TAMAT
SELAMAT MENCUBA 

...jeng3x terima kasih sudi membaca.. Sudah baca tolong follow ea...

KEK MANGGA

Hola.. hri ni aku ad la stu resipi nak kongsi.. 

KEK MANGGA




BAHAN-BAHAN :

  • 200 g buah mangga segar dipotong nipis
  • 100 g krim kastard
  • 50 g mentega
  • 1/3 biki kek span vanila
  • 1/3 biji kek span coklat
  • 120 g kepingan badam
  • 60 g jem aprikot - campur air dan dipanaskan
     ( BAHAN UNTUK KRIM KASTARD )  
  • 2 biji kuning telur
  • 250 ml susu segar
  • 60 gm gula
  • 15 g serbuk kastard
  • 8 g tepung gandum


CARA - CARA MEMBUATNYA :  

  • Untuk krim kastard, campurkan susu bersama sebahagian gula. Didihkan diatas api sederhana besar. Ketepikan.
  • Kemudian masukkan kuning telur, serbuk kastard dan tepung gandum bersama gula yang selebihnya didalam bekas lain.
  • Kemudian tuangkan susu panas tadi bersama campuran kuning telur. Gaulkan hingga adunan menjadi pekat.
  • Masukkan kedalam bekas dan tutupkan dengan pembalut plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk semalaman.
  • Ambil kek span coklat dan vanila, potong kepada 2 lapisan
  • Susun hirisan buah mangga di setiap lapisan kek dan diikuti dengan krim kastard.
  • Lakukan sehingga habis.
  • Masukkan kedalam peti sejuk dan sejukkan untuk seketika sebelum dihidangkan.
 
TAMAT
SELAMAT MENCUBA =)  

...jeng3x terima kasih sudi membaca.. Sudah baca tolong follow ea...

Friday 25 November 2011

KEK TIRAMISU

Jeng3x... hehehe... sedap 0o0 kek tiramisu.. hah.. hari ni
aku nak kongsi la sikit resipi kek tiramisu ni.. 
korang try la buat.. dijamin sedap..
^_^


KEK TIRAMISU


BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream ( dekat India susah cari, so aku gunakan fresh cream)
200ml cream cheese ( India mahal, so aku gunakan curd yang ditapis selama 8 jam) 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:

1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
 
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream. ( curd dan fresh cream yang ditapis selama 8 jam + gula halus + perahan separuh lime ) sampai kembang.
 
 10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.

11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi.. ( separuh cawan) 

12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.

13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.

14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.

15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.

16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!
                                     


SELAMAT MENCUBA !!

...jeng3x terima kasih sudi membaca.. Sudah baca tolong follow ea...